BORANG PENGESAHAN BAYARAN

SILA ISI MAKLUMAT ANDA DENGAN TEPAT SUPAYA TIADA KESULITAN SEMASA PENGHANTARAN PRODUK
Name:
Email Address:
Hp:
Alamat:
Kategori:
Kod:
Kuantiti:
Postage:
Bayaran Menggunakan:
Bukti Bayaran : (cth : Bank, Tarikh, Masa dan No Rujukan jika ada) :

create web form

Semenjak 1989, ZHULIAN telah meningkatkan gaya hidup beribu-ribu orang melalui Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN yang menakjubkan dan rangkaian produk inovatif yang berkualiti tinggi. Dari Barangan Kemas Saduran Emas Fesyen yang terkenal hingga ke Produk Penjagaan Rumah dan Penjagaan Diri; Produk Makanan dan Minuman hingga ke Sistem Rawatan Udara; Suplemen Nutrisi peningkat kesihatan yang laris hingga ke Sistem Rawatan Air serta Produk Bilik Tidur - rangkaian produk premium ZHULIAN memberikan hasil berkesan untuk memperkayakan, meningkatkan dan melengkapkan gaya hidup yang sihat. Komitmen ZHULIAN yang tiada kompromi terhadap Piawaian Kualiti yang ketat memberikan para Pengedar dan pelanggan keyakinan dan jaminan penuh yang diharapkan dari produk berkualiti luar biasa.

SILA KLIK PADA GAMBAR UTK BESARKAN IMEJ


XTRA

1:05 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Serbuk pencuci ultra pekat xtra wash
HC 3001 RM15.50 (WM) RM16.50 (EM) -(1 kg)
HC 3090 RM46.50 (WM) RM49.50 (EM) -(3.3 kg)

Xtra Wash adalah sebatian pencuci pakaian yang hebat lagi menakjubkan dalam menanggalkan kesan dan bau yang degil pada pakaian anda, dan yang tinggal hanyalah pakaian putih yang lebih putih dan pakaian berwarna yang lebih menyerlah warnanya berbanding sebelumnya. Ia meresap jauh ke dalam serat dan menanggalkan kesan yang paling degil seperti kesan mentega, gris dan protein dari sisa makanan dengan berkesan dan cepat. Formulasi Xtra Wash yang baru dan dipertingkatkan memberikan pelbagai ciri-ciri handalan, menjadikannya pilihan Nombor Satu untuk pembersihan segala jenis cucian. Ia mengandungi Sodium Tripolifosfat iaitu bahan pembina berkuasa untuk melembutkan dan memperbaiki struktur fabrik, Peluntur Suria untuk meningkatkan keputihan fabrik, Oksigen Aktif dan Agen Bioaktif untuk kuasa tambahan untuk pembersihan dan penanggalan kesan degil, Bioenzim yang diformulasi khas serta Agen Pengasing bagi melembutkan air agar cucian menjadi lebih bersih. Formula bebas-bilasan membantu mengekalkan kecerahan pakaian dan mengurangkan sisa-sisa yang menjengkelkan. Dihasilkan dengan sifat anti-karat berkuasa, ia membantu mencegah pembentukan karat pada butang dan zip logam serta melindungi komponen dan paip logam mesin basuh. Apabila anda inginkan aktiviti mencuci pakaian yang menyeronokkan, pilihlah Xtra Wash!



Cecair pencuci pinggan mangkuk xtra clean
HC 3002 RM14.30 (WM) RM15.30 (EM) -botol 1000 ml

Kini Xtra Clean menjadi bertambah hebat lagi! Xtra Clean adalah cecair pencuci pinggan mangkuk berkualiti yang tiada tandingannya, buat mereka yang inginkan hanya yang terbaik. Didatangkan dengan ciri-ciri tambahan untuk rangkaian pembersihan yang menyeluruh dan berkesan serta kesan antiseptik dan antimikrob yang penting untuk menyahjangkit dan menjauhkan ancaman kuman patogenik, bakteria, kulapuk dan yis daripada terbentuk pada pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain. Xtra Clean membawa kebersihan pinggan mangkuk ke tahap yang baru. Dengan mudah, ia dapat menangani kotoran degil pada pinggan mangkuk, gelas dan barangan perak bagi memastikan segala peralatan dapur anda bersih dan bersinar-sinar! Ia mengandungi Agen-Aktif Permukaan berkuasa untuk kuasa penanggalan sisa berkesan yang mencuci kotoran, minyak dan kesan degil pada barangan memasak dan pinggan mangkuk secara berkesan. Diformulasikan dengan haruman lemon yang menyegarkan menjadikan tugas mencuci pinggan mangkuk menjadi begitu menyenangkan dan menenangkan.



Pembersih ubin xtra glow
HC 3003 RM13.30 (WM) RM14.30 (EM) - botol 1000 ml

Xtra Glow hebat menanggalkan daki dan kotoran, sisa sabun dan kesan degil pada ubin, besen, mangkuk tandas, pancuran, pintu, sinki dan lain-lain - mencuci dengan berkesan dan mudah tanpa mengasarkan kulit tangan anda. Hanya sapukan dan lapkan pembersih pada sisa sabun, kesan air, karat, deposit mineral dan kulat pada permukaan ubin bagi pembersihan yang menakjubkan lagi berkilat. Xtra Glow mengandungi kesan antiseptik berkuasa untuk pembersihan yang kekal lama, yang bebas kuman merbahaya dan memenuhi keperluan untuk membersihkan kotoran berat dan menanggalkan kesan degil dengan penuh berkuasa. Lihatlah bagaimana ubin anda yang kotor dan kusam kembali kepada sinar, warna dan kesegaran semula jadinya hanya dengan menyapu dan mengelap. Ditambah dengan wangian yang memberikan rasa menyenangkan pada permukaan yang dibersihkan, ia adalah pembersih berkuasa yang meringankan bebanan tugas!



Pembersih lantai xtra shine
HC 3004 RM14.50 (WM) RM15.50 (EM) - botol 1000 ml

Menjadikan lantai ubin, marmar, terazo dan kayukeras di kediaman anda kelihatan baru dengan Xtra Shine - pembersih lantai profesional handalan untuk kediaman anda! Xtra Shine direka khas untuk menanggalkan kotoran dan gris pada lantai tanpa meninggalkan sebarang sisa yang tidak menyenangkan. Diformulasikan khas untuk membantu mengekalkan keindahan asli lantai ubin, terazo, marmar dan vinil. Xtra Shine bagus untuk pembersihan cepat dan mudah dengan hasil menakjubkan yang tidak ditawarkan oleh pembersih lantai lain. Ia mempunyai formulasi kepekatan tambahan dengan rumusan berkuasa dan berkesan bagi memberikan keupayaan menanggalkan kotoran dan sisa dengan berkesan - memberikan keberkesanan pembersihan hebat dan hasil yang harum menawan!




Pencuci pelbagai guna pekat xtra multi
HC 3005 RM14.90 (WM) RM15.90 (EM) - botol 1000 ml

Geram dan bosan melihat kesan degil? Dapatkan Pencuci Pelbagai Guna Pekat Xtra Multi sekarang bagi melegakan kerungsingan anda! Xtra Multi dirumus khas bagi membantu anda menanggalkan kesan dan kotoran yang paling degil untuk pembersihan yang lebih berkesan dan lebih cekap. Xtra Multi dihasilkan teliti untuk digunakan pada kebanyakan permukaan di kediaman seperti lantai, ubin, tab mandi, peralatan dapur, dapur, tingkap, kaca, cermin, malahan pakaian! Agen aktif-permukaannya berkeupayaan menanggalkan secara efektif segala kesan seperti kotoran, habuk, minyak, gris, alat solekan dan kesan yang telah kering pada pakaian selain meninggalkan haruman Lavender dan Pokok Pain berterapi menyegarkan pada permukaan yang telah dicuci. Rumusan biodegredasinya adalah mesra alam dan selamat untuk semua kemasan selain ianya lembut pada tangan. Xtra Multi benar-benar pilihan tepat yang meninggalkan barangan dan permukaan di kediaman anda kelihatan baru dan bersinar kembali!

0 comments:

Sponsors