BORANG PENGESAHAN BAYARAN

SILA ISI MAKLUMAT ANDA DENGAN TEPAT SUPAYA TIADA KESULITAN SEMASA PENGHANTARAN PRODUK
Name:
Email Address:
Hp:
Alamat:
Kategori:
Kod:
Kuantiti:
Postage:
Bayaran Menggunakan:
Bukti Bayaran : (cth : Bank, Tarikh, Masa dan No Rujukan jika ada) :

create web form

Semenjak 1989, ZHULIAN telah meningkatkan gaya hidup beribu-ribu orang melalui Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN yang menakjubkan dan rangkaian produk inovatif yang berkualiti tinggi. Dari Barangan Kemas Saduran Emas Fesyen yang terkenal hingga ke Produk Penjagaan Rumah dan Penjagaan Diri; Produk Makanan dan Minuman hingga ke Sistem Rawatan Udara; Suplemen Nutrisi peningkat kesihatan yang laris hingga ke Sistem Rawatan Air serta Produk Bilik Tidur - rangkaian produk premium ZHULIAN memberikan hasil berkesan untuk memperkayakan, meningkatkan dan melengkapkan gaya hidup yang sihat. Komitmen ZHULIAN yang tiada kompromi terhadap Piawaian Kualiti yang ketat memberikan para Pengedar dan pelanggan keyakinan dan jaminan penuh yang diharapkan dari produk berkualiti luar biasa.

SILA KLIK PADA GAMBAR UTK BESARKAN IMEJ


SHISHEN WHITENING

7:50 PM Posted In Edit This 0 Comments »

Shishen meneruskan tradisi rahsia kecantikan silam dengan sentuhan moden...


Shishen whitening 3-in-1 cleansing gel
PC 3142 RM69.00 (WM) RM72.00 (EM) - botol 100 ml

mencerah, membersih dan melindungi kulit anda siang dan malam
Adalah penting membersihkan kulit wajah setiap hari tanpa mengganggu imbangannya. Dengan Shishen Whitening 3-in-1 Cleansing Gel anda diberikan kulit wajah yang sihat sambil mengekalkan imbangan pH kulit. Pilihan gel ini adalah lembut namun pembersih yang kaya nutrisi berkesan ini bertindak menanggalkan kekotoran kulit, meninggalkannya menjadi berseri dan sihat. Gel pembersih 3-dalam-1 yang unik ini mengandungi Ekstrak tumbuhan Alpine penting seperti Ekstrak Mallow, Peppermint dan Primula serta pemutih kulit yang berkesan iaitu Alpha Arbutin bagi melembap, melindungi dan memutihkan kulit selain membersihkan kekotoran dan bendasing setiap kali ia digunakan. Ia lembut namun berkuasa, menjadikan kulit terasa lembut, licin dan segar.



shishen whitening toner
PC 3143 RM76.00 (WM) RM79.00 (EM) - botol 100 ml

membersih, menyegar dan mencerahkan wajah anda
Shishen Whitening Toner adalah penyegar khas yang mengembalikan sinar dan kejernihan wajah dengan bahan aktif pemutih seperti Alpha Arbutin iaitu agen penggalak pencerahan kulit pada semua jenis kulit, meminimumkan bintik hati - perubahan warna kulit yang disebabkan oleh penuaan dan pendedahan kepada matahari. Ia membantu mengurangkan tompokan, bintik dan jeragat. Bahan aktif pemutihnya membantu mengawal sebum bagi mengekalkan kulit bersih dan segar agar wajah menjadi lembut dan tiada cacat-celanya. Mudah meresap, semasa digunakan akan meninggalkan rasa dingin dan segar sambil melembutkan kulit.


Shishen whitening day cream
PC 3144 RM76.00 (WM) RM79.00 (EM) - balang 50 g

kelihatan lebih cerah, berseri-seri lagi menawan
Pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama dan penuaan semula jadi menyebabkan kulit yang sebam, tidak sekata dan muncul bintik-bintik perang. Shishen Whitening Day Cream adalah krim siang eksklusif yang melindungi serta memutihkan berasaskan adunan sinergi tumbuhan herba Alpine seperti Ekstrak Mallow, Peppermint dan Primula yang mempunyai kesan pemutihan kulit yang jelas. Ia juga menyatukan ekstrak botani khas seperti ekstrak minyak zaitun, mulberi, likuoris dan timun bagi menyuburkan dan menyihatkan kulit. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit kelihatan lebih putih, lebih muda dan lebih cantik.



Shishen whitening night cream
PC 3145 RM93.00 (WM) RM96.00 (EM) - balang 50 g

kembalikan sinar dan kecerahan kulit wajah yang suram
Ambillah peluang penerimaan kulit di waktu malam untuk membebaskan ramuan pencerah pada krim pemutih ini untuk kesan yang lebih baik. Krim malam Shishen Whitening Night Cream yang mewah ini menjana semula kulit sepanjang malam, merupakan krim berkesan yang kaya berasaskan tumbuhan herba dari kawasan Alpine seperti Ekstrak Mallow, Peppermint dan Primula yang memberikan kesan pemutihan kulit yang jelas. Ia bertindak sepanjang malam untuk memutih, mencerah dan menerangkan kulit serta mengurangkan bintik gelap, bintik pigmentasi dan kecelaan hodoh lain pada kulit. Krim malam penyubur dan penghidrat hebat untuk pencerahan kulit wajah.

Shishen whitening & exfoliating gel
PC 3146 RM70.00 (WM) RM73.00 (EM) - botol 100 ml

serlahkan kecantikan dalaman sebenar
Dengan lembut, Shishen Whitening & Exfoliating Gel menanggalkan sel kulit mati dan saki-baki pada kulit. Ia membantu mencegah noda hitam, melembutkan kulit dan memberikan rasa kulit wajah yang bersih, segar dan lebih putih. Shishen Whitening & Exfoliating Gel mengandungi kombinasi Alpha Arbutin dan Ekstrak Alpine herba khas - pencerah kulit yang sangat aktif untuk pendekatan pencerahan kulit yang lebih berkesan, lebih cepat dan lebih selamat. Gel untuk kulit ini amat berkesan bagi mereka yang ingin menyental kulit wajah dalam rutin penjagaan kulit mereka.

0 comments:

Sponsors