
Syampu perapi rambut botani dolphin dengan aloe vera, netel & pro-vitamin B5 - PC 3074 RM14.80 (WM) RM15.60 (EM) - botol 350 ml
Syampu yang sesuai untuk cucian harian yang lembut dengan sedikit perapian. Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Aloe Vera, Netel dan Pro-Vitamin B5 adalah formulasi kaya buih dengan adunan ekstrak herba dan tumbuhan seperti Aloe Vera dan Netel bagi menambahkan kecantikan semula jadi kepada rambut anda. Syampu unik ini juga mengandungi pantenol atau Pro-vitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap yang menembus ke dalam rambut untuk rambut yang sihat bersinar dan mudah diurus serta kulit kepala yang sihat.

Syampu perapi rambut botani dolphin dengan rosmari, netel dan pro-vitamin B5
PC 3075 RM14.80 (WM) RM15.60 (EM) - botol 350 ml
Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Rosmari, Netel dan Pro-Vitamin B5 adalah syampu harian yang membantu melembutkan rambut. Dirumus dengan bahan botani penting yang menjaga kesihatan rambut seperti Rosmari dan Netel, syampu ini sesuai untuk penjagaan perapian rambut berkualiti menakjubkan - syampu perapi yang menyenangkan dengan Pantenol dan Aloe Vera yang diketahui bersifat melembapkan dan anti-keradangan. Melalui kombinasi rumusan semula jadi unik ini, Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Rosmari, Netel dan Pro-Vitamin B5 melegakan kekeringan kulit kepala dan mengembalikan imbangan lembapan semula jadi rambut anda kepada kecantikan yang sihat bersinar. Pro-vitamin B5 atau Pantenol membantu memperbaiki rambut bercabang, menguatkan rambut serta menjadikannya kemas dan terurus.
Syampu pelembap badan aloe vera dolphin berasaskan sabun PC 3076 RM19.80 (WM) RM20.60 (EM) - botol 500 ml
Syampu pelembap badan yang melegakan dengan khasiat Aloe Vera yang kaya lembapan dan bersifat menyembuh, untuk membersihkan kulit sepersih-bersihnya secara halus. Syampu Pelembap Badan Aloe Vera Dolphin Berasaskan Sabun adalah syampu berasaskan sabun yang kaya buih dan berkesan melegakan dam melembapkan kulit untuk hasil yang menakjubkan. Ia kaya emolien, protein dan gel Aloe Vera, yang memberikan pelbagai kebaikan penyubur kulit untuk menjadikannya lembut dan halus dengan imbangan lembapan semula jadi. Gel Aloe Veranya menolong kulit menyimpan oksigen, menjadikannya bahan pembaharuan sel kulit yang berkesan bagi mengekalkan kesegaran kulit. Baunya yang menawan meninggalkan haruman yang menyegarkan pada kulit anda.
0 comments:
Post a Comment