BORANG PENGESAHAN BAYARAN

SILA ISI MAKLUMAT ANDA DENGAN TEPAT SUPAYA TIADA KESULITAN SEMASA PENGHANTARAN PRODUK
Name:
Email Address:
Hp:
Alamat:
Kategori:
Kod:
Kuantiti:
Postage:
Bayaran Menggunakan:
Bukti Bayaran : (cth : Bank, Tarikh, Masa dan No Rujukan jika ada) :

create web form

Semenjak 1989, ZHULIAN telah meningkatkan gaya hidup beribu-ribu orang melalui Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN yang menakjubkan dan rangkaian produk inovatif yang berkualiti tinggi. Dari Barangan Kemas Saduran Emas Fesyen yang terkenal hingga ke Produk Penjagaan Rumah dan Penjagaan Diri; Produk Makanan dan Minuman hingga ke Sistem Rawatan Udara; Suplemen Nutrisi peningkat kesihatan yang laris hingga ke Sistem Rawatan Air serta Produk Bilik Tidur - rangkaian produk premium ZHULIAN memberikan hasil berkesan untuk memperkayakan, meningkatkan dan melengkapkan gaya hidup yang sihat. Komitmen ZHULIAN yang tiada kompromi terhadap Piawaian Kualiti yang ketat memberikan para Pengedar dan pelanggan keyakinan dan jaminan penuh yang diharapkan dari produk berkualiti luar biasa.

SILA KLIK PADA GAMBAR UTK BESARKAN IMEJ


BABY CINTA

6:39 PM Posted In Edit This 0 Comments »

Syampu rambut baby cinta
BC 3141 RM12.30 (WM) RM13.10 (EM) - botol 300 ml

Tiada yang lebih halus daripada rambut dan kulit bayi. Bayi tidak mempunyai rembesan air mata normal untuk melindungi mata mereka daripada gangguan luaran. Oleh sebab itulah mereka memerlukan syampu formulasi khas yang bukan sahaja hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan) tetapi ia juga lembut dan melegakan kulit. Syampu Rambut Baby Cinta diperbuat daripada kombinasi bahan mesra-bayi yang istimewa. Syampu Rambut Baby Cinta mudah dibilas, menjadikan rambut lembut, bersinar, terurus dan bersih. Ia berbau harum, lembut, dengan formulasi pH seimbang serta Ekstrak Aloe Vera bagi kebaikan dan kesan penyuburan aloe vera yang menakjubkan. Formulasi hipoalergenik yang membersih, melembap dan melindungi kulit kepala bayi secara lembut tanpa merengsakan mata atau kulit bayi - Syampu Rambut Baby Cinta pilihan mandian bayi yang pasti digemari!


mandian badan baby cinta
BC 3142 RM11.00 (WM) RM11.80 (EM) - botol 300 ml
Mandian Badan Baby Cinta menjadikan kulit bayi bersih, menyegarkan dan lembut. Formulasi imbangan pH yang lembut mengandungi pelembap menghidrat bagi membantu mengembalikan dan mengekalkan imbangan lembapan semula jadi serta membekalkan nutrisi menghidrat pada kulit bayi selepas setiap mandian. Formulasi tidak memedihkan mata yang hipoalergenik ini kaya buih, mencegah kerengsaan pada mata dan kulit bayi serta Ekstrak Alor Veranya pula memberikan rawatan penyuburan kulit manakala Vitamin E bertindak membersih, melegakan dan melembapkan kulit bayi dengan lembut dalam satu langkah mudah. Ia juga membantu mengekalkan lembapan serta melegakan kulit bayi yang halus.

Bedak talkum halus baby cinta
BC 3143 RM10.70 (WM) RM11.50 (EM) - botol 300 g

Bedak Talkum Halus Baby Cinta sungguh halus dan ringan, meninggalkan rasa lembut bak baldu dan wangian segar pada kulit si kecil. Bedak talkum halus ini dirumus dengan tepung jagung yang menyerap lembapan berlebihan agar kulit bayi kering serta mengelakkan melecet di celah paha, bawah lengan dan belakang lutut. Ia juga mengandungi Alantoin yang berkemampuan hebat merawat luka dan ulser kulit serta membantu menggalakkan pertumbuhan tisu sihat di samping menyingkirkan lembapan agar bayi rasa segar sentiasa. Kandungan Aloe Veranya melegakan dan melindungi kulit halus bayi.

0 comments:

Sponsors